Iaitu dadih,cornflakes chocolate dan kek batik.
Saya berasa sangat gembira apabila sedang membuat kuih raya
tersebut.
Kawan-kawan hendak tahu bagaimana bahan dan cara untuk
membuat ketiga-tiga kuih tersebut ?
Kalau hendak tahu,saya akan menerangkan bahan dan cara untuk
membuat kek batik dahulu.
Bahan-bahannya ialah :
1 cawan besar buttercup,
1 tin susu pekat,
1 cawan besar milo,
1 sudu besar nescafe dan
1 bungkus biskut marie.
Cara-caranya ialah :
Mula-mula,bancuh milo dan nescafe dengan sedikit air.
Kemudian,biskut marie dibelah empat.
Panaskan kuali dan masukkan buttercup.
Selepas itu,masukkan susu,milo dan nescafe yang telah di
bancuh tadi.
Masukkan biskut marie dan kacau sehingga rata.
Setelah agak likat,masukkan ke dalam bekas dan padatkan.
Akhir sekali,masukkan di dalam peti sejuk.
Sekarang,saya hendak menerangkan bahan dan cara untuk
membuat cornflakes chocolate.
Bahan-bahannya ialah :
1 kotak cornflakes,
1 botol colour rice/chocolate rice dan
1 peket cawan kertas.
Cara-caranya ialah :
Mula-mula,cairkan chocolate,masukkan cornflakes dan kacau.
Selepas itu,masukkan cornflakes tersebut di dalam cawan
kertas dan taburkan chocolate rice/colour rice di atasnya.
Akhir sekali,masukkan ke dalam peti sejuk.
Akhir sekali,saya hendak menerangkan bahan dan cara untuk
membuat dadih.
yum,yum,yum.........
1 keping chocolate masakan,
Bahan-bahannya ialah :
1 liter air,
1 liter susu segar,
1 cawan gula,
Secubit garam,
11 g serbuk agar-agar ( 2 sudu besar ) dan
Perisa ( jagung,strawberi,chocolate,keladi dan lain-lain )
Cara-caranya ialah :
Mula-mula masak air dan gula sampai gula hancur.
Kemudian,masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam.
Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas
kecil ( kalau nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan
tambahkan perisa ).
Simpan di dalam peti sejuk sehingga dadih menjadi pepejal.
Selamat mencuba ketiga-tiga resepi ini.....