SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam.Selamat berpuasa untuk semua umat Islam.
Adakah korang semua berpuasa cukup pada tahun ini?
Kalau puasa cukup, bagus dan tahniah saya ucapkan.
Kalau tidak, tahun depan cuba lagi.
Kecuali kalau yang perempuan tu bukan sengaja x nak puasa, tapi ada keuzuran.
Saya tahun ni dan tahun lepas puasa cukup.
Bestnye dan meriah puasa tahun ni dan tahun-tahun yang lepas.
Berbuka puasa bermacam-macam juadah makanan dan minuman.
Orang munjung lagi.. Memang bertuah betul.
Mak saya dah munjung bagi orang yang tertentu.
Munjung ketupat,lodeh,sambal kacang,sambal tumis dan rendang.
Orang yang tertentu tu dapat dodol.
Korang tau apa itu dodol?
Dodol ni sedap dan enak.
Tapi saya tidak berapa suka dengan dodol.
Makanan dan minuman di bazar ramadhan sungguh sedap dan enak.
Juadah seperti kuew teaw, nasi baryani,ikan bakar,murtabak dan macam-macam lagi..
Air pula, air katira,air tembikai susu,air cincau,air bandung,air teh bunga dan sebagainya.
Sampai sini sahaja la..
Bye.....
PAST • FUTURE