SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Saya memohon maaf atas segala kesalahan saya yang telah saya lakukan, jika ada terkasar bahasa dan banyak lagi.
Saya harap korang semua akan dapat maafkan.
Pada hari raya pertama, kami pakai baju cantik-cantik dan bermaaf-maafan antara keluarga saya.
Kemudian, kami makan bersama-sama.
Selepas itu,kami bergerak ke rumah nenek sebelah ayah.
Ramai sanak-saudara yang sudah sampai di sana.
Apabila tiba, kami sekeluarga bersalam-salaman.
Selepas itu,dalam pukul 3.15 petang,kami pun bertolak balik ke rumah.
Selepas itu,kami mengemas barang dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah nenek sebelah mak.
Selepas sampai di sana, ramai saudara-mara dah sampai. Saya sekeluarga bersalam-salaman.
Selepas itu, kami terus bersiap-siap untuk pergi beraya bersama nenek dan keluarga sebelah mak.
Malam, kami pun tidur.
Keesokan harinya, kami masak untuk sarapan. Dalam pukul 2 lebih,kami pun bergerak sambung beraya. Dapat banyak duit raya baru hari raya pertama. Petang itu, pukul 6.30 kami pulang ke rumah nenek semula.Kami terus solat asar.
Malam itu,saya dan keluarga bertolak balik ke rumah.
Saudara saya yang di Johor Bahru dia berada di Jorak,Batu Pahat.
Malam, baru dia datang.
Keesokan harinya, keluarga Wak Nah ni pun menemankan nenek tidur 2 malam rasanya.
Dalam hari Ahad pagi, dia pun pulang ke Johor Bahru.
Hari Raya yang keempat, saya , kakak,emak dan adik beraya di kampung sebelah ayah di Parit Saidi bersama 2 saudara yang lain.
Hari Raya yang kelima, saya sekeluarga menghantar kakak saya balik ke asrama UITM PUNCAK ALAM. Dia cuti 4 hari sahaja.
Selepas menghantar kakak saya,saya terus bergerak pergi ke rumah Pak Long sekeluarga di Pangsapuri DBKL,Setapak Jaya 1B.
Petang pukul 5.00, kami pulang ke rumah.
Dalam pukul 11.45 malam kami sampai di rumah.
Setelah kepenatan,kami semua tidak mengangkat barang masuk ke dalam rumah.Biar sahaja di dalam kereta. Balik masuk rumah, terus tukar baju dan tidur.
Tidur dalam pukul 12.05.
Setakat ini, duit raya saya ada RM139.00.
Sekian Terima Kasih...
PAST • FUTURE