Result UPSR is coming-SK Parit Kemang Batu Pahat (2014)
Kami murid tahun 6 periksa Sijil Darjah Enam Agama(SDEA) semasa ni..pastu balik sahaja periksa SDEA ni, pukul 12 kami beramai-ramai terus sahaja ke Sekolah Kebangsan Parit Kemang dengan jalan kaki tau..sebab dekat..lepas tu kita orang beratur untuk ambil result. Alhamdulillah ramai murid dapat result(keputusan) yang cemerlang okay..Alhamdulillah 5A(5 ORANG). 4A1B 4 ORANG.
5A(5 Orang) : 2 Lelaki 3 Perempuan : Azmeena,Fatin,Aishah,
Iqbal & Masyruh Rohim
Calon 4A1B ada 4 orang.Maaf, 4A1B tak ada gambar. Nak tahu yang mane 4A1B perempuan? Ha...Yang..Baris belakang( Baris Ketiga) : Orang yang ke 4 dari kanan & kiri(dia yang tak pegang result tu) dia nak pegang.Tapi pada mak dia(Nama dia Wadhiah). Lagi... Barisan belakang : Orang yang ke 6 (yang sebelah tudung maroon cair tu) (Nama dia Hadirah).
Okay.Tadi yang 4A1B perempuan kan.Ni lelaki pulak okay.Yang baris belakang( Baris ketiga) : Yang first sekali sebelah kanan(yang badan dia bersemangat tu) Haaaa...dah jumpa? nak tahu nama? Haa..Nama dia Amir.Nak tahu lagi sorang? Haa..yang baris belakang yang hujung sekali...budaknya sangat baik.Dia tu peramah,pendiam & suka membaca. Asal ada masa terluang je. Kami semua main2. Dia study seh...Haha.Okay.Dia sangat rajin.Nak tahu nama dia? Haaa..Nama dia jeng jeng jeng ialah : Nabil..Nabil Raja Lawak ke ? Eh takde lah..Dia Nabil Ahmad Shariff..hahahaha..okay..

.jpg)


Inilah Calon UPSR 2014.Sepatutnya ada 59 orang. Tapi ni ada beberapa yang tak ada. Ada yang dah balik dan sebagainya.Kami lah Calon UPSR 2014. Tahniah diucapkan kepada semua. Yang cemerlang alhamdulillah.Yang kurang cemerlang.. Ini first peperiksaan yang besar bagi kite. Tak apa..Cuba lagi..Lepas ni PT3 & SPM lagiiiiii susahhhh..... Good luck for PT3 & SPM okay korang.. Banyak kenangan terindah bersama korang semua.. Maaf jika ada banyak salah dan silap...Jangan lupakan kami semua okay..
KENANGAN DARJAH 5 USAHA
Assalamualaikum. Banyak kenangan di darjah 5 Usaha. Saya tak akan lupakan kenangan di 5 Usaha. Memang best dan cantik kelasnya. Tapi itu tahun 2013. Cikgu Hayati yang pegang kelas 5 Usaha. Tapi tahun 2014, Cikgu kesayangan kelas 5 Usaha iaitu Cikgu Hayati sudah bertukar guru kelas ke 5 Jaya, tetapi cikgu yati minta tukar kelas jadi darjah 4 Usaha. Tak tau kenapa. Sesiapa yang masuk kelas Cikgu Yati tu memang best dan meriah la. Sesiapa yang birthdaynye bulan 1-7 ke apa. Tak silap.Nanti satu hari cikgu belikan kek untuk sambut birthday bulan 1-7.Pastu cikgu tu walaupun garang,tetapi dia baik.Kalau nak dia garang buat la salah kat dia. Tapi kalau tak nak cikgu tu garang,buat la baik dekat dia. Masa kita orang kelas 5 Usaha tahun 2013 tu sambut birthday masa rehat kan, semua budak tengah rehat kecuali kelas 5 Usaha.Memang meriah sangat sambutan birthday tu. Siap dapat jajan dari cikgu lagi. Lepastu ada murid yang bawa makanan. Makanan sangat banyak. Kek dah la ada tiga.Kita orang share-share. Sedap pulak tu. Kita orang kelas 5 Usaha 2013 sangat bersyukur lah, sebab cikgu sanggup belanja banyak-banyak dekat 1000 lebih untuk mencantikkan kelas 5 Usaha dan menyambut birthday bulan 1-7. Memang banyak kenangan yang didapati oleh murid-murid tahun 5 Usaha 2013 daripada cikgu Hayati. Kita orang tak akan lupakan cikgu Hayati. Walaupun kami sudah ke tingkatan 1 tahun 2015, kami akan ingat dekat cikgu.Sekiranya kami jumpa cikgu,kami akan salam dekat cikgu. Cikgu Yati tak ada pun suruh kita orang bayar,semua tu dia yang keluarkan duit. Terima kasih Cikgu Hayati iaitu guru kesayangan dan guru kelas kita orang tahun 5 Usaha 2013.
Sekian Terima Kasih.
KUIH RAYA

Pada hari raya tahun ini,saya membuat tiga jenis kuih raya.
Iaitu dadih,cornflakes chocolate dan kek batik.
Saya berasa sangat gembira apabila sedang membuat kuih raya
tersebut.
Kawan-kawan hendak tahu bagaimana bahan dan cara untuk
membuat ketiga-tiga kuih tersebut ?
Kalau hendak tahu,saya akan menerangkan bahan dan cara untuk
membuat kek batik dahulu.
Bahan-bahannya ialah :
1 cawan besar buttercup,
1 tin susu pekat,
1 cawan besar milo,
1 sudu besar nescafe dan
1 bungkus biskut marie.
Cara-caranya ialah :
Mula-mula,bancuh milo dan nescafe dengan sedikit air.
Kemudian,biskut marie dibelah empat.
Panaskan kuali dan masukkan buttercup.
Selepas itu,masukkan susu,milo dan nescafe yang telah di
bancuh tadi.
Masukkan biskut marie dan kacau sehingga rata.
Setelah agak likat,masukkan ke dalam bekas dan padatkan.
Akhir sekali,masukkan di dalam peti sejuk.
Sekarang,saya hendak menerangkan bahan dan cara untuk
membuat cornflakes chocolate.
Bahan-bahannya ialah :
1 kotak cornflakes,
1 botol colour rice/chocolate rice dan
1 peket cawan kertas.
Cara-caranya ialah :
Mula-mula,cairkan chocolate,masukkan cornflakes dan kacau.
Selepas itu,masukkan cornflakes tersebut di dalam cawan
kertas dan taburkan chocolate rice/colour rice di atasnya.
Akhir sekali,masukkan ke dalam peti sejuk.
Akhir sekali,saya hendak menerangkan bahan dan cara untuk
membuat dadih.
yum,yum,yum.........
1 keping chocolate masakan,
Bahan-bahannya ialah :
1 liter air,
1 liter susu segar,
1 cawan gula,
Secubit garam,
11 g serbuk agar-agar ( 2 sudu besar ) dan
Perisa ( jagung,strawberi,chocolate,keladi dan lain-lain )
Cara-caranya ialah :
Mula-mula masak air dan gula sampai gula hancur.
Kemudian,masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam.
Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas
kecil ( kalau nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan
tambahkan perisa ).
Simpan di dalam peti sejuk sehingga dadih menjadi pepejal.
Selamat mencuba ketiga-tiga resepi ini.....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Saya memohon maaf atas segala kesalahan saya yang telah saya lakukan, jika ada terkasar bahasa dan banyak lagi.
Saya harap korang semua akan dapat maafkan.
Pada hari raya pertama, kami pakai baju cantik-cantik dan bermaaf-maafan antara keluarga saya.
Kemudian, kami makan bersama-sama.
Selepas itu,kami bergerak ke rumah nenek sebelah ayah.
Ramai sanak-saudara yang sudah sampai di sana.
Apabila tiba, kami sekeluarga bersalam-salaman.
Selepas itu,dalam pukul 3.15 petang,kami pun bertolak balik ke rumah.
Selepas itu,kami mengemas barang dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah nenek sebelah mak.
Selepas sampai di sana, ramai saudara-mara dah sampai. Saya sekeluarga bersalam-salaman.
Selepas itu, kami terus bersiap-siap untuk pergi beraya bersama nenek dan keluarga sebelah mak.
Malam, kami pun tidur.
Keesokan harinya, kami masak untuk sarapan. Dalam pukul 2 lebih,kami pun bergerak sambung beraya. Dapat banyak duit raya baru hari raya pertama. Petang itu, pukul 6.30 kami pulang ke rumah nenek semula.Kami terus solat asar.
Malam itu,saya dan keluarga bertolak balik ke rumah.
Saudara saya yang di Johor Bahru dia berada di Jorak,Batu Pahat.
Malam, baru dia datang.
Keesokan harinya, keluarga Wak Nah ni pun menemankan nenek tidur 2 malam rasanya.
Dalam hari Ahad pagi, dia pun pulang ke Johor Bahru.
Hari Raya yang keempat, saya , kakak,emak dan adik beraya di kampung sebelah ayah di Parit Saidi bersama 2 saudara yang lain.
Hari Raya yang kelima, saya sekeluarga menghantar kakak saya balik ke asrama UITM PUNCAK ALAM. Dia cuti 4 hari sahaja.
Selepas menghantar kakak saya,saya terus bergerak pergi ke rumah Pak Long sekeluarga di Pangsapuri DBKL,Setapak Jaya 1B.
Petang pukul 5.00, kami pulang ke rumah.
Dalam pukul 11.45 malam kami sampai di rumah.
Setelah kepenatan,kami semua tidak mengangkat barang masuk ke dalam rumah.Biar sahaja di dalam kereta. Balik masuk rumah, terus tukar baju dan tidur.
Tidur dalam pukul 12.05.
Setakat ini, duit raya saya ada RM139.00.
Sekian Terima Kasih...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam.Selamat berpuasa untuk semua umat Islam.
Adakah korang semua berpuasa cukup pada tahun ini?
Kalau puasa cukup, bagus dan tahniah saya ucapkan.
Kalau tidak, tahun depan cuba lagi.
Kecuali kalau yang perempuan tu bukan sengaja x nak puasa, tapi ada keuzuran.
Saya tahun ni dan tahun lepas puasa cukup.
Bestnye dan meriah puasa tahun ni dan tahun-tahun yang lepas.
Berbuka puasa bermacam-macam juadah makanan dan minuman.
Orang munjung lagi.. Memang bertuah betul.
Mak saya dah munjung bagi orang yang tertentu.
Munjung ketupat,lodeh,sambal kacang,sambal tumis dan rendang.
Orang yang tertentu tu dapat dodol.
Korang tau apa itu dodol?
Dodol ni sedap dan enak.
Tapi saya tidak berapa suka dengan dodol.
Makanan dan minuman di bazar ramadhan sungguh sedap dan enak.
Juadah seperti kuew teaw, nasi baryani,ikan bakar,murtabak dan macam-macam lagi..
Air pula, air katira,air tembikai susu,air cincau,air bandung,air teh bunga dan sebagainya.
Sampai sini sahaja la..
Bye.....
BEST FRIEND FOREVER
Kali ni saya nak cerita pasal Best Friend Forever saya selama-lamanya..
1. Siti Nur Azimah
2. Nurhadirah Zulkeflee
3. Nurina Faihanah
Yang pertama ni...
Dia seorang yang baik hati, peramah,cantik,comel suka tolong-menolong,suka buat lawak, saya x pernah berpisah kelas ngan dia dari darjah 1-5 sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Cuma darjah 3 sekolah kebangsaan dah pernah berpisah... Saya masuk kelas 3 Usaha, dia masuk kelas 3 Jaya... tapi walaupun berpisah kelas, kami tetap rehat bersama-sama...Saya suka kawan dengan dia orang semua...Dia yang tolong saya buat novel dari Bab 1-8.. pandai... ceritanya best dan menarik, saya buat sampai bab 16.. baru bab 8.. nanti saya akan suruh dia tolong buatkan lagi naik sekolah..
Yang kedua ni...
Dia seorang yang baik hati,suka buat lawak, suka main-main ngan saya dan Faihanah dekat sekolah agama, dia ni duduk di sebelah kanan tingkap, Faihanah tengah-tengah, saya sebelah kiri.. kadang-kadang kami kalanya ada la bergaduh.. tapi lepastu baik semula, minta maaf, sebenarnya kami bergurau-gurau je,suka tolong-menolong dan sebagainya...
Yang ketiga ni...
Dia seorang yang baik hati,suka buat lawak, suka main-main ngan saya dan Hadirah.. tapi kami bertiga ni bergurau-gurau je..Best,,, pastu dia ni dan Hadirah tolong saya buat kerja sekolah masa dekat sekolah agama kalau saya x paham...Saya ni kurang pandai... yang pernah dapat nombor sekolah kebangsaan dan sekolah agama cuma nombor 1-17 je, yang lain x pernah...
Saya akan kawan selama-lamanya dengan Azimah,Hadirah dan Faihanah.... Bye.... :)
BIODATA SAYA
Nama : Nurin Syamimi Binti Hamzah
Umur : 11 Tahun ( 2013 ) 12 Tahun ( 2014 )
Darjah/Kelas : 5 Usaha ( 2013 ) 6 Usaha ( 2014 )
Sekolah : SK Parit Kemang
Tarikh Lahir : 6 April 2002
Tempat lahir : Hospital Batu Pahat
Guru Kelas : Pn Hayati Binti Mohd Samsi ( 5 Usaha )
Pn Hjh Khairiah Binti Adam ( 6 Usaha )
Tempat Tinggal : No 9, Jalan Sri Raya, Taman Sri Raya, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Nama Panggilan : Nurin/ Kak Chik
Kawan karib selama-lamanya : Siti Nur Azimah, Nurhadirah Zulkeflee dan Nurina Faihanah
Impian : Berjaya dalam UPKK,UPSR,SDEA,PMR dan SPM
Cita-cita : Ustazah Sekolah Agama
Hobi : Melayari internet, Bermain games,Bermain basikal,Main fb,twitter,instagram,skype & blogger